Kehidupan peribadi Hassan_Azhari

Beliau dilahirkan di kampung Syu’ib Amir di Mekah, Arab Saudi pada 18 Ogos 1928. Bapanya bernama Azhari Abdul Khaliq, tokoh agama terkenal di Selangor manakala ibunya ialah Fatmah Abdul Hakim, berketurunan Arab Mesir al-Shanani.

Keluarga

Beliau mempunyai keluarga besar iaitu 22 orang anak dari tiga orang isteri. 13 orang anak yang pertama hasil perkahwinan beliau dengan isteri pertama, Sahara Abdul Samad, yang meninggal pada April 2004, Tiga orang anak lelaki yang pertama amat dikenali ramai iaitu Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, bekas ADUN Hulu Klang, Dato' Fuad Hassan kini Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Khas atau JASA Kementerian Penerangan., dan pelakon terkenal Dato' Jalaluddin Hassan. Anak ke-11 adalah Dato' Mohd Zain Hassan, CEO Alam Flora. Anak beliau yang mengikut jejak beliau sebagai ahli agama adalah Prof. Madya Dr. Abd Rauf Hassan dan Ustaz Mohd. Taha Hassan yang kedua-duanya berkelulusan dari Universiti Al-Azhar. Seorang lagi anaknya dengan isterinya Maimunah Abd. Ghani, Inspektor Mohammad Izzat Hassan megikuti jejak langkah abangnya Musa di dalam bidang kepolisan.[3]

Beliau dikhabarkan sangat tegas dalam bab agama tetapi masih seorang bapa yang penyayang. [4]

Pendidikan

Beliau dibesarkan dalam persekitaran keluarga dan masyarakat yang berilmu dan beragama. Beliau mempelajari al-Quran sejak kecil di Mekah. Di peringkat rendah, mempelajari secara formal di Madrasah Dar al-Ulum, Mekah.

Antara guru beliau di sini ialah Sheikh Yasin al-Fadani dan di Masjidil Haram, gurunya ialah Sheikh Ismail Tamim (salah seorang imam masjid di Mekah)

Ketika berusia lapan tahun, berhijrah ke Malaya (Malaysia) bersama abangnya, Abdul Hakim dengan menaiki kapal laut selama beberapa bulan. Di Malaya, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Marta al-‘Ulum al-Diniyah di Kuala Langat, Selangor seterusnya ke Sekolah Arab al-Hayat al-Mardiyyah di Kampung Jawa, Selangor. Beliau menyambung pelajaran ke Sekolah al-Junaid, Singapura selama dua tahun untuk meningkatkan penguasaan bahasa Arab. Antara gurunya ialah Sayyid Abu Bakar al-Saqqaf dan Sheikh Abdullah al-Faqih.[5]

Kemudian, beliau menyambung pengajian ke Maahad al-Ulum (kini Sekolah Agama Menengah Hishamuddin, Kelang) dan memperoleh sijil Rabi’ Thanawi. Bagi mendalami pengajian al-Quran, beliau kembali ke Mekah dan menyambung pengajian dengan Sheikh Ismail Tamim.

Beliau kemudiannya mempelajari bidang tarannum dengan beberapa ulama terkenal antaranya Syed Mahmud Lutfi Amir. Guru-guru al-Quran yang lain ialah Sheikh Mahmud al-Bukhari (riwayat Hafs), Sheikh Muhammad Abdul Samad, Dr. Ahmad Nuaina dan Syed Mahmud Amin Tantawi (riwayat Warsy Imam Nafi’).

Rujukan

WikiPedia: Hassan_Azhari http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sujud-pe... http://tasekpauh.blogspot.com/2007/01/ustaz-hassan... http://www.alamflora.com.my/executive-committee.ht... http://www.sinarharian.com.my/mobile/sinar-tv/wawa... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pengajar-... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.alquran.gov.my/index.php/en/judges/tan-...